Monday 17 October 2011

Perjalanan Hidupku...

Permulaan perjalananku sebagai seorang guru bermula pada 1998 setelah melepasi tempoh bergelar 'Cikgu Maktab' di MPPM (1995-1997). Sebagai seorang guru baru yang memegang Opsyen Matematik membuatkan aku kelihatan seperti seorang guru yang sentiasa berlagak serius. Namun pada 2003..segalanya merubah perjalanan hidupku dari seorang Guru Matematik kepada seorang Guru Pemulihan Khas. Setiap hari berjumpa dengan murid yang lemah dan bermasalah..aku terbawa-bawa dengan sikapku yang serius. Setiap kali aku memandang wajah-wajah itu yang hanya memandangku dengan pandangan yang kosong...hanya kaku tanpa memberikan apa-apa tindak balas..hanya mengaduh kecil dan menitiskan airmata apabila aku meninggikan suara. Aduhhhh..bagaimana harus aku menghadapi kedaan ini..punah masa depanku kerana aku menerima jawatan 'Guru Pemulihan Khas'..ibarat aku dihumban ke satu daerah yang terlalu kelam. Bertambah parah..seolah-olah 'Aku Guru Pemulihan Yang Perlu Di Pulihkan...'. Selama dua tahun aku mencari arah dalam keadaan yang penuh duka dan nestapa..pada wajah anak-anak didik yang hanya diam..tunduk membisu..memandang 'aku' guru mereka yang juga turut membisu seribu bahasa...setiap hari kuperhatikan keadaan kelasku yang suram..sunyi..sepi seperti jiwa yang kubawa hari-hari..tanpa semangat untuk meneruskan tugas sebagai 'Guru Pemulihan Khas'. Awal 2006..aku disergah dengan kehadiran seorang Pegawai Pelajaran dari JPNS..aku akur akan kelemahanku. Kehadiran pegawai tersebut benar-benar menyedarkan aku betapa pentingnya untuk aku menjalankan tanggungjawab sebagai seorang guru pemulihan.."Aku perlu memulihkan mereka dengan seberapa daya upayaku sebagai guru mereka"..itulah tekadku pada permulaan perubahanku menjadi seorang"Guru Pemulihan Yang Baru Dipulihkan.." Ikuti kisah perjalanan hidupku seterusnya.....