Thursday 2 February 2012

Contoh BBM menggunakan bahan terbuang yang saya bina menggunakan kad-kad terbuang seperti kad jemputan perkahwinan, kad hari jadi, kad hari raya dan sebagainya. Saya menggunakan kad ini sebagai salah satu penjimatan kos dari segi bahan. Kertas yang terdapat di dalam kad saya buang. Kemudian saya tampal dengan kertas warna untuk menutup bahagian yang mengandungi perkataan. Selepas itu, saya tampal pelbagai cerita pendek dan gambar. Kebiasaannya murid-murid mengambil kad ucapan ini dan membaca bahan yang tertera di dalamnya.
Salah satu aktiviti dalam Kelas Pemulihan Khas iaitu aktiviti memancing. Sudut ini saya bina kerana saya mendapat murid-murid terlalu minat dengan aktiviti memancing. Saya telah membina ikan menggunakan polisterin dan pada badan ikan saya tampal dengan cerita pendek dan soalan kefahaman. Saya menggunakan pancing yang sebenar tetapi mata kail saya gantikan dengan magnet. Murid akan memancing ikan dengan melekatkan tali pancing pada mata ikan yang saya tampal menggunakan paku tekan. Selepas murid mendapat seekor ikan ,mereka akan membawa ikan pada tempat duduk masing-masing dan seterusnya membaca cerita dan menjawab soalan kefahaman.
Antara Bahan Bantu mengajar (BBM) yang terdapat di dalam kelas iaitu menggunakan CD-CD terbuang. Saya telah menggunakan CD tersebut sebagai salah satu bahan di dalam kelas dan digantung seperti tirai pada cermin tingkap. Pada permukaan CD terdapat gambar dan perkataan mengikut kemahiran seperti KVKV- Buku, Kuku,Ciku dan sebagainya. CD-CD ini boleh diambil dan digantung semula oleh murid dengan mudah.
Bahan Bantu Mengajara (BBM) yang terdapat dalam kelas. Sukukata kv dibina menggunakan kad manilakad yang dipotong sama saiz. Kemudian saya membina huruf menggunakan huruf century gothic dan dibentuk di atas kertas flouresent yang pelbagai warna. Kemudian huruf-huruf dicantum menjadi sukukata KV dan ditampal di atas kertas manilad. Akhirnya, saya membalut setiap kad menggunakan plastik dan ditampal pada dinding kelas.
Kelas Pemulihan Khas saya yang telah mengalami perubahan. Berbanding pada awal penubuhan kelas yang kurang ceria, saya telah memperbanyakkan bahan untuk ditampal dan digantung dalam kelas. Selain tu, saya mempelbagaikan penggunaan warna-warna yang ceria untuk menarik perhatian murid.
Kelas Pemulihan Khas sebelum perubahan. Keadaan kelas yang kosong, kurang ceria dan kekurangan bahan.
Contoh Pengajaran 3:
Perkembangan Pengajaran
Contoh pengajaran 2:

Perkembangan pengajaran
Contoh Pengajaran 1:

Menarik perhatian murid dengan aktiviti Set Induksi.