Thursday 2 February 2012

Salah satu aktiviti dalam Kelas Pemulihan Khas iaitu aktiviti memancing. Sudut ini saya bina kerana saya mendapat murid-murid terlalu minat dengan aktiviti memancing. Saya telah membina ikan menggunakan polisterin dan pada badan ikan saya tampal dengan cerita pendek dan soalan kefahaman. Saya menggunakan pancing yang sebenar tetapi mata kail saya gantikan dengan magnet. Murid akan memancing ikan dengan melekatkan tali pancing pada mata ikan yang saya tampal menggunakan paku tekan. Selepas murid mendapat seekor ikan ,mereka akan membawa ikan pada tempat duduk masing-masing dan seterusnya membaca cerita dan menjawab soalan kefahaman.

No comments:

Post a Comment