Thursday 2 February 2012

Contoh BBM menggunakan bahan terbuang yang saya bina menggunakan kad-kad terbuang seperti kad jemputan perkahwinan, kad hari jadi, kad hari raya dan sebagainya. Saya menggunakan kad ini sebagai salah satu penjimatan kos dari segi bahan. Kertas yang terdapat di dalam kad saya buang. Kemudian saya tampal dengan kertas warna untuk menutup bahagian yang mengandungi perkataan. Selepas itu, saya tampal pelbagai cerita pendek dan gambar. Kebiasaannya murid-murid mengambil kad ucapan ini dan membaca bahan yang tertera di dalamnya.

No comments:

Post a Comment